Tuesday, February 20, 2018

Tips Memasak Pantas : Buat Pes/Sambal Sendiri

Resepi Homemade Sambal dan Pes | Setiap minggu, mostly hari Ahad mak akan spend time buat rencah-rencah masak macam cili kering kisar dan sambal pes/sambal tumis kosong untuk stok seminggu. Senang, bila nak masak tinggal kaut je.
resepi sambal pes mudah dan pantas
Cili kering gunting pendek-pendek, rebus dan tos keringkan kemudian kisar dengan minyak. Mak tak blender dengan air sebab; satu, supaya cepat nak menumis. Tak perlu nak tunggu airnya kering. Keduanya sebab nak bagi tahan lama. Kalau banyak air, cili kisar senang rosak kalau disimpan lama. Awal-awal belajar memasak dulu, mak beli cili paket or yang dalam bekas. Tapi rasa dia tak seberapa. Yang mak buat ni pure cili kering, tak ada tambah apa-apa bawang merah/bawang putih. Senang nak buat mee/meehun/nasi goreng pagi-pagi, sambal, asam pedas, paprik dan macam-macam lagilah.

Selain itu, every week mesti ada stok sambal tumis kosong (resepi di sini - sambal tumis paling sedap) dan sambal cili hidup. 2 sambal ni memang favourite anak-anak dan Mak. Kalau penyakit malas tahap dewa sampai, Mak ambil sedikit and buat sambal telur cincai or goreng ayam/ikan dan bubuh sampal, gaul-gaul dah siap ;) Kalau lagi malas tahap nak kena lempang, tapi perut lapar memalam buta; cecah roti pun sodap.

Resepi Sambal Cili Hidup

Bahan:
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10gm belacan
6 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sdt gula
2 sdt serbuk perasa - mak pakai serbuk
2 biji tomato bersize sederhana dan dibuang biji
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Kisarkan semua bahan kecuali serbuk perasa.
2. Tumis atas api perlahan sampai garing dan letak serbuk perasa. Siap.

Ada juga orang yang goreng dulu semua bahan. Kemudian baru kisar dan letak perasa. Itupun boleh. Sambal ni boleh simpan dalam peti ais, tahan seminggu. Mak buat 4 kali ganda bahan dekat atas ni, dapatlah semangkuk besar. Itupun tak sampai seminggu dah habis.

Kadang-kadang Mak suka buat sambal ikan bakar portugis yang macam dekat kedai tu. Tapi still tak sama rasanya macam dekat kedai makan. Tu yang tak selalu buat. Ada beberapa resepi juga yang dah try tapi masih tak menepati citarasa.

Ada tak yang buat macam Mak? Selain dekat atas ni, apalagi pes/sambal yang boleh jimatkan masa kita kat dapur? Share resepi dengan Mak OK? Till then, Salam.

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Saturday, February 17, 2018

Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 2

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kong | On my previous entry, Mak ada cerita tentang macam mana Bateriku.com save my day kan. Jadi this time mak nak kongsi info tentang servis ni. Harap bermanfaat.
Tentang Bateriku.com
Bateriku.com adalah servis penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma dimana kita boleh panggil mereka untuk datang dan periksa bateri kereta kita. Hanya perlu bayar harga bateri jika ianya perlu diganti. Kalau tak perlu ganti apa-apa, tak perlu bayar ;)

Ada 3 cara untuk panggil Bateriku.com;
Hotline: 1300-22-2324
Whatsapp: 012-245 8027 atau;
Aplikasi telefon pintar yang anda boleh download melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Mak rasa semua orang perlu ada app ni sebab with this app you can track crew arrival through the app built-in map dan boleh tengok history/warranty status. Mudah bukan?

Selain di Johor, Bateriku.com juga menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negeri yang lain seperti di Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah Perlis dan bakal sampai di negeri lain juga.
Branch Bateriku.com Johor yang bertempat di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang
Nombor telefon talian terus cawangan Johor
Bagi yang berada di Johor (Bandaraya JB, Pasir Gudang, Masai, Plentong, Skudai, Kota Tinggi hingga Taman Saujana) boleh terus call Uncle Rauf yang Mak cerita dekat post mak sebelum ni. (No telefon seperti tertera pada gambar di atas)

Beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam; 365 hari setahun, dan tiada surchaj tambahan kalau kereta awak kong tengah malam atau hari hujan sekalipun.

Kenapa pilih Bateriku.com?
  • Penghantaran, memeriksa dan pemasangan percuma
  • Bayar HANYA harga bateri yang baharu dipasang.
  • Kawasan liputan yang besar.
  • Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
  • Menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan. Ada 2 jenis: Amron dan Century dan ada WARANTI.
  • Menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda, jadi tak perlu risau.
  • WARANTI bateri sehingga 2 tahun dan boleh claim di mana-mana cawangan Bateriku.com seluruh negara. Tak perlu resit.
  • Boleh bayar guna kad kredit/debit.

Untuk Maklumat lanjut, hubungi Bateriku.com di;

Hotline: 1300-22-2324 / 012-2458027 (Whatsapp)

Emel: customersupport@bateriku.com

Web: www.bateriku.com

Ikuti Bateriku.com di media sosial untuk info dan promosi terbaru;


Jadi jangan risau kalau bateri anda kong lepas ni. Bateriku.com kan ada ;) Till then, Salam.