Tuesday, February 20, 2018

Tips Memasak Pantas : Buat Pes/Sambal Sendiri

Resepi Homemade Sambal dan Pes | Setiap minggu, mostly hari Ahad mak akan spend time buat rencah-rencah masak macam cili kering kisar dan sambal pes/sambal tumis kosong untuk stok seminggu. Senang, bila nak masak tinggal kaut je.
resepi sambal pes mudah dan pantas
Cili kering gunting pendek-pendek, rebus dan tos keringkan kemudian kisar dengan minyak. Mak tak blender dengan air sebab; satu, supaya cepat nak menumis. Tak perlu nak tunggu airnya kering. Keduanya sebab nak bagi tahan lama. Kalau banyak air, cili kisar senang rosak kalau disimpan lama. Awal-awal belajar memasak dulu, mak beli cili paket or yang dalam bekas. Tapi rasa dia tak seberapa. Yang mak buat ni pure cili kering, tak ada tambah apa-apa bawang merah/bawang putih. Senang nak buat mee/meehun/nasi goreng pagi-pagi, sambal, asam pedas, paprik dan macam-macam lagilah.

Selain itu, every week mesti ada stok sambal tumis kosong (resepi di sini - sambal tumis paling sedap) dan sambal cili hidup. 2 sambal ni memang favourite anak-anak dan Mak. Kalau penyakit malas tahap dewa sampai, Mak ambil sedikit and buat sambal telur cincai or goreng ayam/ikan dan bubuh sampal, gaul-gaul dah siap ;) Kalau lagi malas tahap nak kena lempang, tapi perut lapar memalam buta; cecah roti pun sodap.

Resepi Sambal Cili Hidup

Bahan:
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10gm belacan
6 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sdt gula
2 sdt serbuk perasa - mak pakai serbuk
2 biji tomato bersize sederhana dan dibuang biji
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Kisarkan semua bahan kecuali serbuk perasa.
2. Tumis atas api perlahan sampai garing dan letak serbuk perasa. Siap.

Ada juga orang yang goreng dulu semua bahan. Kemudian baru kisar dan letak perasa. Itupun boleh. Sambal ni boleh simpan dalam peti ais, tahan seminggu. Mak buat 4 kali ganda bahan dekat atas ni, dapatlah semangkuk besar. Itupun tak sampai seminggu dah habis.

Kadang-kadang Mak suka buat sambal ikan bakar portugis yang macam dekat kedai tu. Tapi still tak sama rasanya macam dekat kedai makan. Tu yang tak selalu buat. Ada beberapa resepi juga yang dah try tapi masih tak menepati citarasa.

Ada tak yang buat macam Mak? Selain dekat atas ni, apalagi pes/sambal yang boleh jimatkan masa kita kat dapur? Share resepi dengan Mak OK? Till then, Salam.

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com
So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.
Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

Saturday, February 17, 2018

Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 2

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kong | On my previous entry, Mak ada cerita tentang macam mana Bateriku.com save my day kan. Jadi this time mak nak kongsi info tentang servis ni. Harap bermanfaat.
Tentang Bateriku.com
Bateriku.com adalah servis penghantaran dan pemasangan bateri secara percuma dimana kita boleh panggil mereka untuk datang dan periksa bateri kereta kita. Hanya perlu bayar harga bateri jika ianya perlu diganti. Kalau tak perlu ganti apa-apa, tak perlu bayar ;)

Ada 3 cara untuk panggil Bateriku.com;
Hotline: 1300-22-2324
Whatsapp: 012-245 8027 atau;
Aplikasi telefon pintar yang anda boleh download melalui Google Play Store atau Apple App Store.
Mak rasa semua orang perlu ada app ni sebab with this app you can track crew arrival through the app built-in map dan boleh tengok history/warranty status. Mudah bukan?

Selain di Johor, Bateriku.com juga menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negeri yang lain seperti di Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Kedah Perlis dan bakal sampai di negeri lain juga.
Branch Bateriku.com Johor yang bertempat di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang
Nombor telefon talian terus cawangan Johor
Bagi yang berada di Johor (Bandaraya JB, Pasir Gudang, Masai, Plentong, Skudai, Kota Tinggi hingga Taman Saujana) boleh terus call Uncle Rauf yang Mak cerita dekat post mak sebelum ni. (No telefon seperti tertera pada gambar di atas)

Beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam; 365 hari setahun, dan tiada surchaj tambahan kalau kereta awak kong tengah malam atau hari hujan sekalipun.

Kenapa pilih Bateriku.com?
  • Penghantaran, memeriksa dan pemasangan percuma
  • Bayar HANYA harga bateri yang baharu dipasang.
  • Kawasan liputan yang besar.
  • Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
  • Menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan. Ada 2 jenis: Amron dan Century dan ada WARANTI.
  • Menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda, jadi tak perlu risau.
  • WARANTI bateri sehingga 2 tahun dan boleh claim di mana-mana cawangan Bateriku.com seluruh negara. Tak perlu resit.
  • Boleh bayar guna kad kredit/debit.

Untuk Maklumat lanjut, hubungi Bateriku.com di;

Hotline: 1300-22-2324 / 012-2458027 (Whatsapp)

Emel: customersupport@bateriku.com

Web: www.bateriku.com

Ikuti Bateriku.com di media sosial untuk info dan promosi terbaru;


Jadi jangan risau kalau bateri anda kong lepas ni. Bateriku.com kan ada ;) Till then, Salam.

Friday, February 16, 2018

Bateriku.com | Bateri Kereta Kong? Part 1

Bateriku.com Penyelamat Bateri Kong | Pagi Isnin, awak bersilat menyiapkan anak-anak dengan baki 2 jam sebelum jumpa client dekat luar. Masuk kereta awak dah tercungap-cungap minta nyawa dengan jeritan anak-anak sebagai "radio pagi" lagi. Tiba-tiba sikit lagi nak sampai ke rumah babysitter, kereta mati. Mak panik nak! Sendu yang teramat dalam hati sado supermum ni, rasa nak nangis. Mulalah rasa nak drama: Apa Dosaku Ya Allah ala-ala sinetron.

Mak start-start kereta tak hidup, bunyi ek-ek-ek je. Ish, apa masalah anda ni pakcik saga. Minyak ada, check temp tak panas. Sah. Ini mesti kes dia nak bermanja dengan pocket mak. Tak tahu apa problem. 1001 hipotesis berlegar dalam kepala Mak. Mungkin Bateri? Last time kereta tak boleh hidup pun sebab wayar tempat charging ke bateri longgar sahaja. Both OK. Tak ada ganti apa pun, tapi melayang juga RM300 towing ke bengkel. Jadi Mak fikir-fikir, hari tu ada baca tentang Bateriku.com. Alah~ servis tukar bateri delivery macam pizza tu. Blogger tu cakap boleh panggil diorang check kalau kereta tak boleh hidup, and it's FREE. Betul ke free? Mak cubalah google and cepat-cepat call hotline dia. Sebab rumah babysitter pun dah dekat, anak-anak pun dah "menyanyi opera", mak call babysitter tolong ambil anak dekat kawasan kejadian. Nasib baik! Then call client minta tunda meetup petang. Jadi Mak tunggu je Bateriku.com datang.
Servis bateri
Tak sampai 20 minit van Bateriku.com datang. Wow~ pantas. Mak membuat lambaian ala diva. Senyum je Uncle tu tengok Mak kalut semacam. Uncle tu perkenalkan diri sebagai Uncle Rauf. Dia buka hood kereta Mak and check bateri kereta, wayar-wayar dan alternator (Mak belajar benda baru - Tempat charging bateri dalam hood tu nama dia Alternator). Mak dah berkira-kira budget bulan ni. Towing lagi, bengkel lagi. Kalau orang bengkel tu tak jujur, senang-senang sahaja dia ambil kesempatan ke atas kekurangan pengetahuan Mak ni. Maklumlah, Mak cuma tahu isi minyak, cuci dekat carwash, drive and hidup roadtax insurans ja. Lain pasal kereta mak tak tahu.
Bateriku.com bateri kong
"Semua OK. Alternator OK, cuma bateri kereta kong la dik," and Mak was like "Nak kena ganti bateri baru ke encik? Berapa ek?"

"Eh, taklah. Pergi charge je. Dalam RM5-RM10,"

"Encik boleh buatkan or kena hantar kedai?" tanya Mak lagi.

"Itu adik kena pergi sendiri. Kami cuma datang inspect kereta dan ganti bateri sahaja jika perlu,"
Bateriku.com bateri kong
Mak siap ambil gambar masa Uncle tu check kereta Mak. Pardon my skeptical, ini langkah berjaga-jaga. Mak tak kenal dia, manalah tahu dia ranapkan kereta Mak. Mak mana tahu. Betul tak? Tapi kalau based on 1st impression Mak, Uncle Rauf ni friendly dan boleh dipercayai. Mak tanya banyak-banyak pun dia senyum sahaja walaupun cuaca panas. Tak tanya pun macam-macam dia explain.

Last sekali Mak ternanti-nanti juga huluran bil. Tapi tak ada pun dia mention payment and Uncle Rauf dah nak start van dah. And I was like~ Eh takkan datang dan pergi begitu saja dengan harga minyak mencanak dewasa ini. TAPI Uncle Rauf kata, PERCUMA saja. PERCUMA? PERCUMA sebab Mak comel ke macam mana? Kahkahkah. Dua kali Mak tanya tau, dia kata;

"Memang PERCUMA untuk pemeriksaan walau di mana anda berada kecuali awak ganti bateri baru," Uncle Rauf berseloroh gaya iklan.
Bateriku.com bateri kong  servis kereta
Mak tak tahu nak gelak ke, sujud syukur ke macam mana. Sempat juga Mak berselfie dengan Uncle Rauf dan vannya (itu pasti) tadi. Mak minta tolong kawan pergi charging sekejap dalam 4 jam gitu dekat nearest workshop and kena RM7. Alhamdulillah, settle and Mak boleh menjalani hari seperti biasa.

Mak terhutang budi sangatlah dekat Bateriku.com. Rugi tak tahu tentang servis diorang sebelum-sebelum ni. Stay tune dekat next entry ya sebab Mak nak kongsi ilmu tentang Bateriku.Com supaya kita sama-sama mendapat manfaat. Next time tak perlu gelabah kalau kereta berhenti tengah jalan ;)

Tuesday, February 13, 2018

FEMINGRA | Supplemen Untuk Kesihatan Wanita

femingra berkesan atasi masalah hormon
Femingra Supplemen Untuk Kesihatan Luaran dan Dalam Wanita | Salam. Last time Mak ada post tentang Femingra dekat Instagram kan? Mesti korang tertanya-tanya apa benda la Femingra ni. So this is my entry for that. Thanks for your continuous support ;)

Hormon dan Wanita
Apakah Hormon ni? Kenapa kita sebagai wanita perlu sangat jaga hormon? Mesti banyak persoalan yang korang nak tanyakan? Secara ringkasnya, hormon ni adalah satu bahan kimia yang mengawal sistem reproductive kita disamping beberapa sistem vital kita yang lain. Walaubagaimanapun, apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, pelbagai kesan negatif yang akan berlaku. Antaranya:

✔ Berat badan mudah naik.
✔ Kitaran haid tak tetap.
✔ Mudah letih.
✔ Menopaus awal.
✔ Rasa panas pada badan dan kerap berpeluh pada waktu malam.
✔ Gangguan selera makan.
✔ Emosi tidak menentu, mudah marah.
✔ Cyst & fibroid.
✔ Sukar untuk hamil.
✔ Keguguran berulang.
✔ Kurang nafsu seks dan sebagainya.

Banyak lagi sebenarnya kesan lain. Ketidakseimbangan hormon juga meningkatkan risiko penyakit dan masalah kesihatan. Paling teruk sekali masalah jantung yang berpunca dari peningkatan hormon estrogen dalam badan. Selain itu, risiko osteoporosis. Sebab kurangnya hormon estrogen pula boleh menganggu penyerapan kalsium dan beberapa nutrisi penting dalam penjagaan kesihatan tulang. Jadi nampak tak betapa pentingnya kita menjaga hormon?
Femingra ubat hormon
Bagaimana Femingra Dapat Membantu Wanita?
Femingra mengandungi beberapa bahan semulajadi yang dipercayai dapat membantu masalah hormon yang dialami wanita. Bahan utamanya ialah Pine Pollen atau debunga pain yang bertindak sebagai peransang hormon wanita, anti penuaan, pemulihan keinginan seksual, menyeimbangkan hormon, mengembalikan stamina dan kecergasan serta mencegah penyakit.
femingra berkesan atasi masalah hormon
Buah Markisa 
+ Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin 
+ Tinggi kandungan antioksida 
+ Membantu meningkatkan peredaran darah 
+ Melancarkan pencernaan 
+ Merangsang sistem imun tubuh 
+ Memperkuatkan tulang 

Horny Goat Weed (Epimedium) 
+ Merangsang libido & daya seksual wanita 
+ Menggalakkan aliran darah 
+ Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause 
+ Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause 

Akar Maca 
+ Afrodisiak yang hebat 
+ Mengimbangi hormon seks 
+ Meningkatkan keinginan seksual 
+ Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan 
+ Perangsang kesuburan wanita 

Manjakani 
+ Mengetatkan tisu dalaman wanita 
+ Menegangkan kulit 
+ Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj 
+ Menghapuskan bau di kawasan kemaluan 
+ Membantu menegangkan payudara 6. Habbatus Sauda 
+ Membantu mengawal pendarahan haid 
+ Mengawal intensiti kitaran bulanan 
+ Mengurangkan masalah penghadaman 
+ Pelembap yang baik untuk kulit & rambut 
+ Mempunyai ciri-ciri anti-radang 
+ Sangat tinggi antioksidan 

Tribulus Terrestris 
+ Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita 
+ Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi 
+ Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual 

Pueraria Mirifica 
+ Melegakan gejala menopause 
+ Merangsang nafsu seks 
+ Meningkatkan kelembapan faraj 
+ Meningkatkan saiz payudara 
+ Menggalakkan penghasilan kolagen
+ Memberi kesan awet muda

Cara Penggunaan
1. Bancuh sepeket Femingra bersama 120ml bersama air sejuk/suam.
2. Minum sehari sekali sebelum makan waktu pagi atau tengahari. Tidak digalakkan minum pada waktu malam.
3. Amalkan secara konsisten sekurang-kurang selama 1 bulan. Kesan penggunaan dapat dilihat dalam 7 hari.

Anda akan mula melihat kesannya seawal satu minggu setelah mengamalkannya secara konsisten. Jika anda sedang hamil, menyusu bayi atau sedang menjalani rawatan kesihatan, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Testimoni
femingra berkesan atasi masalah hormon
 femingra berkesan atasi masalah hormon
 femingra berkesan atasi masalah hormon
Testimoni lain boleh, lihat di sini - Testimoni

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web dan follow media sosial di bawah atau hubungi pegawai khidmat pelanggan di +6012-326 3304 atau Email di info@maxwellhealth.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/maxwellhealthmy/ 
Instagram: https://www.instagram.com/maxwellhealthmy/
Website: http://maxwellhealth.com.my/
Alamat: MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K) 21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Till then!

Monday, February 12, 2018

Pendaftaran Online Tahun 1 Bagi Sesi 2018 & 2019 Seluruh Negeri

As Adam akan mula bersekolah rendah pada tahun 2018 nanti, mak dapat tahu yang Permohonan Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Tapi, sistem online masih belum dapat dilakukan untuk negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dan perlu mendaftar melalui sekolah secara manual.

SIAPA YANG LAYAK MENDAFTAR?
Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2011, 2012, dan hari pertama 2013.

Tarikh Lahir 2 JAN 2011 – 1 JAN 2012: Tahun Persekolahan 2018
Tarikh Lahir 2 JAN 2012 – 1 JAN 2013: Tahun Persekolahan 2019
*Pendaftaran dibuka awal 2 tahun sebelum persekolahan ya. Jadi, ibu bapa boleh terus mendaftar untuk memudahkan urusan penempatan di sekolah pilihan masing-masing.

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1. Isi Borang Online

Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut adalah pautannya:

Link Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1: https://public.moe.gov.my

2. Cetak Borang

Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan

Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.

Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:

1) Cetakan borang permohonan online

2) Sijil lahir / anak angkat

3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)

4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga

5) Surat nikah / surat cerai

6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu

Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.

Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Thursday, February 8, 2018

2017: It's a Wrap!

Dah almost mid February 2018 baru Mak start nak wrap cerita last year. Pardon me, as Mak super busy with new baby; Yusuf and all. Tapi rasanya belum terlambat lagi kalau nak cakap pasal resolution, wishlist dan sebagainya kan? ;)

First of all, Alhamdulillah and syukur atas umur, kesihatan, rezeki dan anak-anak.

HEALTH
Dah bertahun-tahun, of course, azam yang sentiasa ada dalam list: Mak nak kurus and end up tak tercapai juga. Then last year mak decide to really, actually DO IT.
  • Mak kerap masak sendiri 10-12 times per week; home cooked, simple one pot tapi healthy food. 
  • Kurangkan junk food. 
  • Start exercising, being active with my kids.
  • Kurangkan Gula (Garam dan Ajinomoto memang mak tak makan sangat) and beberapa perkara yang lain yang Mak buat.
Awal bulan May, my weight start to drop 12 kilos! But end up, o~ rupanya I'm pregnant, 2nd trimester dah *facepalm* itu la problemnya bila ada hormone probs ni. Tak ada real sign. Mak ingat mak exhausted sebab superheroes 3 orang ni, or sebab mak makan hati berulam jantung setiap hari. Eh. Huhuhu. Then ke laut lah diet mak lepas tu~ thank god tak naik banyak walaupun dah full trimester.

RELATIONSHIP
Hah bab ni~ memang mak simplify banyak sebab mak jenis simple. Mak tak suka mak ditch je. Well except ONE yang jenis tak faham-faham. Jenis keturunan somehow bengap ke macam mana mak tak tahulah *facepalm*

No, I'm not sorry as kalau mak tahap dah "buang" gitu usually sebab that someone dah capai certain bullshit level. Tahniah!

Tahu tak guys, mak selalu terbaca kawan-kawan curhat dekat FB bout family, friends and all~ nak jaga hati itu ini. O please. Korang tak tahu ke sebenarnya less people less drama? So buang parasit people, gantikan dengan yang more positive vibe. Jauhkan makcik bawang dan orang yang melakukan perkara mungkar, tapi korang takut nak tegur sebab jadi gaduh or sebab else. Mak belajar dulu, orang-orang macam ni kita wajib tegur sebenarnya tapi kalau tak boleh, wajib benci perkara mungkar tu dalam hati. Jauhkan je lah orang macam tu, especially yang percaya benda-benda khurafat and all (mak malas nak explain).

Dosa-dosa tak nampak ni orang tak ambil pusing sangat, macam dosa membunuh, tapi penyakit macam ni bahaya weyh~ murtad tak boleh taubat. How? Kita jauhkan bukan sebab kita rasa kita lebih baik dari dia, tapi kita takut kita terjebak. Kalau tak buat sama pun, bukan ke kalau kita tahu tapi tak tegur jadi kita pun berdosa sama? Jadi lebih baik tak payah kawan, tak payah ambil tahu. Dosa kita sendiri pun berkepuk-kepuk dah ni. Kalau Ibadat sikit, better jauhkan dosa-dosa free kan? Your life would be happy.

FINANCE
Mak resign from previous job on April tak silap. Sekarang Mak WAHM. Mak sebenarnya OK je dengan current salary mak dengan freelancing job (Blog, Freelancer, Sales) yang selama ni Mak buat. Tak tetap and susah sikit sebab kena juggling between job dengan kids at home TAPI cukup. I pay all my bills, groceries etc. Somehow kalau niat kita betul, tuhan permudahkan hidup kita kan?

Mak tak tahulah kenapa mak pergi kerja at 1st place tinggal anak. Pendapat mak, as parent, jaga dan mendidik sendiri anak tu wajib kot! Well at least their 1st 6 years of life. Maybe sebab Mak terpengaruh dengan tanggapan orang towards WAHM? Yelah, kalau kita duduk rumah kan orang cakap untunglah husband tanggung this and that even sikit pun ko tak makan duit suami, even ko kerja sambil pegang anak sebelah jerit-jerit, sambil suap anak kejar dateline, stay up malam-malam sebab bos ko Japan, Belgium, Russian, and masa diorang siang, tempat kau malam. Seriously struggle macam nak gila. After all, orang still cop ko duduk rumah besarkan bontot do nothing and tunggu duit bulan-bulan dari suami. Macam hina pun ada jadi housewife ni even ko ada Master or PhD sekalipun. Mak malas nak explain. Bila kau penat dengar orang cakap, and ko try explain bagi diorang faham, diorang kata kau berlagak pulak. Tak beritahu kena kecam, dah bagitahu kita plak yang salah *facepalm* Buang je lah orang macam ni and kita, keep moving forward!

No offends working parent! Ini pendapat mak. Mak tabik parents yang boleh pergi kerja and leave yor precious with babysitter. Tahap redha and berserah korang lebih tinggi dari Mak. Mak tahu korang pun rasa nak nangis kalau cerita pasal anak kan. Kita doa sama-sama anak-anak kita jadi anak yang Soleh OK? Tak kira bekerja dari rumah ke, kerja makan gaji ke. Kita doa, buat yang terbaik dan berserah.

Itu jelah nak cakap pasl 2017. Panjang pulak meroyan. Oops. Next post will be my resolution for 2018 pula. Rajin benar update blog guna phone. Nak buka laptop rasa macam time consuming tak sempat sangat dengan superheroes 4 orang ni. Till then, Salam.