Persediaan Untuk #BabyFateh and Other Thing.

I'm in my 3rd trimester now. Actually my delivery will be on 24th January [or 28th?], next year but based on my previous baby; both lahir 35-36 weeks [earlier than we expect] due to my gestational hypertension so Lin dah kemas everything awal-awal. Mungkin lahir bulan ni? Hope not. [which I'm not very sure. sigh]

Tak banyak beli barang baby pun sebab barang baby dah banyak well except nak kena beli stroller sebab previous stroller dah rosak akibat excessive usage; baby car seat for Iman, or maybe a baby rocker and supplement and segala bagai ubat untuk penggunaan after deliver nanti.
Mula-mula ingatkan nak beli everything online, dah tak larat nak merayap [normally I buy from OBW and FB], but husband ajak pergi pergi branch OBW dekat Bandar Baru Uda. Gigih juga la pergi walaupun setakat nak beli kain bedung and baby wrap.

Yang lain beli dekat expo last time; minyak TYT, tuam baby, silicone mat, pampers and clothes. Baby toiletries still stick dengan Teddie range from Cosway [SLS & SLES free, Mineral Oil free and Paraben free baby product]

Pregnancy journey this time quite good, bolehlah~ compared to masa preggy with Iman sebab gastrik almost everyday dari 5 months sampai lepas bersalin. Siksa juga. Cuma this time start 7 months pregnant, hari-hari pun mak kena acid reflux. Plus, kalau dulu memang insomnia sikit-sikit tapi kalau nak tidur memang tak ada masalah sengal-sengal badan etc, but this time I just can't lay down, literally. Pusing kiri tak boleh, pusing kanan tak boleh apetah lagi terlentang. Duduk jangan cakap la, tak boleh 90 degree, senak perut. Adoi. Sabar je la mak. Dahlah mak dekat office duduk menghadap komputer je. 

Kalau time cuti mendukung Adam dengan Iman jangan cakaplah, nak terkeluar isi perut mak. Kang tak dukung, diorang nangis-nangis kita plak yang sedih sebab tak bagi full attention yang sepatutnya diorang dapat. Tapi at the end of the day, mak yang menanggung sakit bagai, nak tidur pun tak boleh. Then esok, penat tak hilang lagi, repeat the same routine everyday. Menimbun tahap stress mak.Serious, kalau tak kuat boleh jadi meroyan tahap zombi mak. 

Baby Fateh sangat aktif. Serius. Bila dia stretching, perut mak rasa nak koyak. Abah pun freak out. OK abah well done, 3rd baby and you still behave like we're having a baby for the first time *rolling eyes* Apa alasan kali ni?

OK. Tu jelah nak update. I get my early maternity leave. Sebab tak larat dah, but still, duduk rumah bukan makan tidur je kan. pfft.

Comments