Monday, November 20, 2017

Daily Quotes #26

Hi and Happy Monday!
"If I was meant to be controlled, I would have come with a remote,"

Don't let others control your life. Live it your own way. There's no need to please everyone, follow their timeline or else ;) Ditch negative people and you will be happy.

Sunday, November 19, 2017

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 19 November 2017

alexa ranking

Global Rank: 2,907,213

Rank in Malaysia: 49,997

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

Sebulan lepas ada update tentang ranking Alexa mak. Nampaknya bulan ni jatuh merundum especially ranking dalam Malaysia; dari 19K ke 49K. Tak apa, akhir bulan ni kita tengok macam mana performance nya.

Sumbangan: Projek Beg Sekolah 2018

Projek Bag Sekolah
RM30 mungkin kecil nilainya pada kita tetapi tidak kepasa mereka.

Dikala kita mengeluh susah, ramai yang lebih susah hingga anak terpaksa memakai beg plastik sahaja ke sekolah!

Ada pula memendam rasa bertahun tidak dapat membelikan beg baharu untuk anak-anak.

Dengan 1 beg, kita bawa 1000 senyuman kepada mereka.

Ayuh bantu kami. Kami sangat perlukan sumbangan anda! Berapapun nilainya, kami terima

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.

Terima kasih kerana menyebarkan mesej ini :)

Untuk keterangan lanjut boleh lawati Projek Beg Sekolah di Facebook: Projek Beg Sekolah (PBS) 

Tuesday, November 14, 2017

FREE One-Year Eva Box Subscription today!

Get your FREE One-Year Subscription of Eva today! (limited time offer)
ABOUT EVA
Eva is 100% organic cotton pads, liners, and tampons delivered monthly to your door. Toxin-free, worry-free periods. 

Sign up here 👉 Eva Box

#evasubscription #betterperiod

Saturday, November 11, 2017

VIDEO | SAMYANG 2× SPICY NUCLEAR RAMEN CHALLENGE

As anak minang+bugis sejati, setakat kunyah cili tu small matter je. Apetah lagi setakat seketol ramen. Kahkahkah. Been trying banyak kali Samyang noodle yang biasa sebelum ni, sedap betul texture ramen dia. Kenyal. Dah jadi macam addicted pulak. Tapi membayangkan sebungkus je dah RM8, mak kuburkan saje nafsu yang rakus itu. Sekali sekala boleh la. Hahaha.

Kisahnya Kak Ayuni belanja mak Mee Samyang. Mula-mula mak hesitate nak makan. Kalau gastrik ni parah je cari penyakit. Kebetulan masa sampai parcelnya, mak baru je tahu mak dah pregnant 2nd semester! Talking bout too busy to get to know your ownself bila dah ada 3 superheroes ni. Kesudahannya dah 3rd trimester keluar masuk stor, dok belek-belek teringin pula mak. Hahaha. 

Jom ikuti perjalanan mak makan Mee Samyang Nuclear pedas berapi tu. Video dalam stor namanya ni ;)


Alhamdullillah mak survive. Malah masih kelaparan selepas all the torment and torture. Kahkahkah. Finish it without minum air ok~ *pat myself and insert an evil laugh here*

If you want to want to try some, you can get it from Kak Ayuni Rafilah Carousell @yunfila. Bukan setakat Ramen, macam-macam ada dekat sana ;)

Kalau awak dah try beritahu mak ok? 
Till then, Salam.

Friday, November 10, 2017

MAMTEEN | SUPPLEMENT KUNYAHAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL DAN MENYUSU

Mamteen Tablet Kunyahan Susu
Sebagai ibu yang mengandung dan menyusukan, Lin sentiasa memerlukan makanan tambahan bagi menampung nutrisi keperluan harian. Baru-baru ini, Lin berpeluang mencuba sendiri produk terbaru di pasaran; MAMTEEN tablet kunyahan susu dengan delima dan kurma serta beberapa bahan lain yang dapat dapat membekalkan tenaga kepada kaum ibu yang melalui fasa kehamilan dan menyusukan anak.

Cara makan pun mudah sahaja, kunyah 2-3 biji sehari sebelum sarapan. Lin letak tepi katil, as bila bangun Subuh terus capai dan makan. Rasanya masam manis dan sangat sesuai untuk ibu yang tak boleh nak minum susu setiap hari. Tak ada rasa loya walaupun diambil ketika perut kosong. Jika ibu ada masalah alahan dengan kolagen, ibu tidak perlu risau kerana MAMTEEN tidak mengandungi sebarang jenis kolagen dan tidak menyebabkan kegemukkan.
Cara Tambah Pengeluaran Susu
Botol kecil yang senang dibawa ke mana-mana

KANDUNGAN DAN KELEBIHAN MAMTEEN ADVANCED FORMULATION
Maltodextrin, Dextrose, Krimer Bukan Tenusu, Serbuk Susu Skim, Estrak Jus Delima, Vitamin C, Esktrak Tomato, Estrak Bunga Mawar, Estrak Kurma, Serbuk DHA, Campuran Vitamin dan Mineral, Lutein, Estrak Brokoli, Estrak Daun Zaitun, Serbuk Saffron dan Sukralosa.

Tablet kunyahan MAMTEEN ini mengandungi tiga bahan utama iaitu susu, delima dan kurma. Manakala bahan tambahan lain bagi membantu penyokongan terhadap keberkesanan tablet ini adalah brokoli, tomato, saffron, dan daun zaitun.

Delima
  • Delima dapat membantu mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
  • Memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
  • Buah delima baik untuk penghadaman perut.
  • Delima berkesan mengurangkan kemungkinan diserang kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser payudara.
  • Buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat mnyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi. Kulit yang sihat merupakan dambaan setiap orang.
  • Mencegah keletihan.
  • Mencegah rasa mual.
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah.
Kurma
  • Kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa (glukosa memberikan tenaga kepada ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian)
  • Tenaga diserap serta merta selepas makan kurma.
  • Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.
Susu
  • Zat besi, tembaga dan vitamin A dalam susu baik untuk kecantikan iaitu mencantikkan kulit agar kekal bersinar.
  • Kalsium susu dapat menguatkan tulang.
  • Kandungan magnesium dalam susu dapat memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf.
  • Mengandungi kalsium yang dapat mengurangkan risiko kanser terutama kanser usus besar.
  • Mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan.
  • Mengandungi protein berkualiti tinggi dan banyak lagi.
Brokoli
  • Meningkatkan sistem imunisasi kerana brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc dan selenium yang menguatkan system imunisasi.
  • Mengurangkan risiko kecacatan dalam kandungan kerana secawan brokoli mengandungi 94mg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangat penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan penyakit kencing manis ini kerana brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dibekalkan pada tahap yang minimum.
  • Menggalakkan kesihatan tulang kerana brokoli mengandungi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakkan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menghindarkan osteoporosis di usia muda.
  • Vitamin C di dalam brokoli yang bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan membantu melegakan symptom selsema.
Tomato
  • Membekalkan badan dengan vitamin dan mineral yang banyak seperti vitamin A, vitamin K, vitamin B1, B3, B5, B6, B7, vitamin C, folat, zat besi, potassium, magnesium, chromium, choline dan phosphorus.
  • Tomato mengandungi asid coumaric dan asid chlorogenic yang boleh melindungi badan daripada bahan yang karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) yang dihasilkan oleh asap rokok.
  • Memperbaiki sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Mengurangkan bahaya pengambilan ubat statin, ubat yang boleh mengurangkan tahap kolestrol badan dengan mengurangkan penghasilannya oleh hati, dengan menyekat tindak balas enzim. Pengambilan ubat ini ada implikasinya, antaranya adalah penyakit hati.
Saffron
  • Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.
  • Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin.
  • Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.
  • Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.
  • Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.
  • Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.
  • Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.
  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.
Daun Zaitun
  • Daun Zaitun banyak digunakan untuk menjaga kestabilan gula darah dalam tubuh.
  • Kandungan antioksidan di dalam daun Zaitun ini lebih tinggi dibandingkan teh hijau yang selama ini dikenal sebagai sumber antioksidan yang sangat baik bagi tubuh.
  • Daun Zaitun dapat mencegah kerosakan saraf dan mencegah penyakit kanser.

SIAPA YANG PERLUKAN MAMTEEN ADVANCED FORMULATION?

Wanita yang sedang berikhtiar untuk hamil (TTC - Try To Conceive)
Kandungan di dalam MAMTEEN dapat membantumenstabil dan menyuburkan hormon wanita (vitamin C, kurma, estrak daun zaitun, Saffron powder dan DHA)

Wanita yang sedang hamil
Boleh diambil oleh wanita yang hamil seawal 12 minggu kandungan ke atas dan selamat untuk ibu serta bayi kerana ianya mempunyai kelulusan KKM dan kilang GMP

Wanita dalam pantang dan menyusu
Kandungan di dalam MAMTEEN dapat bertindak sebagai MilkBooster

Wanita yangmempunyai masalah period tidak teratur/hormon tidak stabil
MAMTEEN bertindak sebagai makanan tambahan yang memberikan tenaga berpanjangan serta menstabilkan hormon wanita. Berat tidak stabil, jerawat, depresi, masalah kesuburan dll kebanyakannya berpunca dari hormon yang tidak stabil.

Wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran ;)

TESTIMONI MAMTEEN ADVANCED FORMULATION

Ramai yang sudah mencuba sendiri keberkesanan produk MAMTEEN dengan adanya testimoni-testimoni serta maklumbalas positif.
Mamteen Milkbooster
 
 Mamteen Milkbooster
Lin dah habiskan sebotol MAMTEEN dan sangat berpuas hati dengan kesan yang diberikan. Kurang rasa mual, dan yang paling best sekali muka kelihatan berseri dan kemerahan je. Biasanya kalau ikutkan pengalaman mengandung lepas, mesti ada jerawat timbul area dahi dan kulit kering. Tapi, kini tidak lagi. Alhamdulillah.

Jadi bagaimana? Harap sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana membuat pilihan yang terbaik. MAMTEEN boleh dibeli secara terus daripada MAMTEEN HQ di Facebook atau pengedar berdekatan anda.

HARGA:
RM65/ Semenanjung Malaysia
RM69/ Sabah dan Sarawak
(Sebotol mengandungi 30 tablet, boleh diambil 1-2 tablet sehari untuk kesan maksima. Sebaiknya 15-30 minit sebelum sarapan pagi)

Layari Facebook dan Instagram MAMTEEN untuk mengetahui pelbagai info serta tips kehamilan dan menyusu serta promosi tentang MAMTEEN Advanced Formulation.

Instagram: MAMTEEN HQ

Facebook: MAMTEEN HQ

Salam, till then ;)

Wednesday, October 25, 2017

Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018/1439H-1440H

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018/1439H-1440H bagi Malaysia:
Tarikh penting islam 1439-1440 Hijrah
Semoga bermanfaat ;)

Thursday, October 19, 2017

Berkenaan Pizza with Mission Pizza Crust

Pizza idea topping fast cheap
Salam and Hi. Mak cuma nak share tentang this product: Mission Pizza Thin Crust ;) Mak love pizza, siapa yang tak suka kan? Normally mak akan beli je. Tapi seratus kali fikir juga. Why? Sebab mahal. Kenapa mahal? Sebab I will add on a lot of different topping end up regular size pizza sahaja dah RM20+. Nak buat sendiri, malas leceh nak menguli. Dan it texture doesn't feel right. Yes, mak dah try several times and kurang mahir. 

But I love thin crust anyway, sebab kalau nak makan yang jenis pan crust/beroti, I can simply make a sandwich. It's all about topping and crunchy pizza crust. Macam 1 kepuasan, if you know what I mean ;) #kakimakan

Thank god ada this kind of product in the market. Bila craving pizza, boleh buat and makan bila-bila masa anytime within 15 minutes. Got any leftover? Just chop-chop, put that gooey-goodness mozarella, a bit parmesan or cheddar for that salty savoury bites and bake in the oven for bout 10 minutes and makan!

Semalam mak buat tuna and crabmeat pizza. Apply tomato sauce a bit, italian herbs, thousand island mayo, tuna, crabstick (a lot!) onion and of course mozarella and cheddar. Barulah complete. Yummy, 2 batch licin.

Sebab dia crunchy, lepas ni mak nak try buat chips or maybe a bruschetta or any finger foods for my superheroes. Or maybe I should prepare a chicken wrap for picnic this weekend. Yeah! Till then, Salam.

P/S: Thanks Ruby ;)

Wednesday, October 18, 2017

I'm a Mission's Pizza Contest Winner

This is it, Mak menang Mission's Pizza Contest held by Ruby.My and Mission Foods Malaysia. Thank you Ruby and Mission Foods Malaysia.
resepi pizza paling mudah
Mak dapat pizza peels/paddle, pizza cutter and 2 set of Mission Food Pizza Crust in 2 flavours: Plain and Wholemeal.

PRODUCT INFO
For those always on the go but would still like a delicious home-made meal, grab Mission’s all new Pizza Crust, perfect for creating great meals and great memories. You know you’ve got the best when its made by one of the world’s largest flatbread makers.

Each pack some with two shelf-stable (unfrozen, ambient) 10” diameter untopped pizza crusts. Available in two flavours – Plain and Wholemeal, the crispy thin pizza crusts have the signature Mission taste, and are made using the finest ingredients for that authentic Italian taste. Now that the crust is sorted, the sky is the limit when it comes to creating pizza toppings which doubles as a fun family activity as well.

Try a basic Margarita Pizza with a basic tomato sauce and cheese, or meatier, stackier versions, or even dessert pizzas! Quick, simple and convenient meals enjoyed by the whole family is now made easier with Mission’s Pizza Crusts.

ABOUT MISSION FOOD MALAYSIA
Established in 1959, Mission Foods, is one of the world’s largest tortilla, flatbread and corn flour producers in the world and is engaged primarily in the production, marketing, distribution and sale of tortillas, tacos, corn chips, wraps, flatbreads, corn and wheat flour.

Over 20,000 people are employed globally across all the operations with facilities in Mexico, the USA, Central America, Europe and Asia Pacific. All products for the Malaysian foodservice market is made out of the state of the art facilities in the Region, namely, Selangor Malaysia and Shanghai China. The division’s main brand is Mission®.

With 60 years successful experience, Mission Foods manufacture over 25% of the world’s flatbreads demonstrating clear global leadership, making the company the world’s largest manufacturer of these products.

Our Malaysia plant is ISO 22000:2005 and ISO 9001:2000 certified by UKAS in 2006, and also HALAL certified by JAKIM and our Shanghai plant is ISO -9000, HACCP, ISO-14000, OHSAS-18000 and GFSI certification under FSSC-22000.

For more info, do keep a look out for new recipes, promotions and contests on their Facebook Page @missionfoodsmalaysia and Instagram @missionfoods.my

Alhamdulillah. Mak memang suka product Mission Food, especially wrap perisa onion and chive. Prepare earlier, wrap in aluminium foil. Bila nak makan, cuma panaskan dalam microwave or oven. Senang, cepat dan mudah. Yang paling penting, sihat ;)

Nanti mak up recipe mudah menggunakan pizza crust Mission ni. Till then, Salam and Happy Deepavali.

Monday, October 16, 2017

My 4th Pregnancy

Sebenarnya Mak tak tahu nak cerita pasal apa kalau bab pregnancy ni. Dah 3 previous pregnancy, maybe I should share bout my experience prenatal, postnatal, sort of? or my experience masa mak mula-mula TTC (try to conceive)? I don't know. But honestly pregnancy this time memang penat ya ampun juggling with my current 3 superheroes, dengan segala macam ailment, work stuff (I'm WAHM), house chores etc. all alone. Tuhan je lah tahu betapa rasa nak give up je kekadang.

Heh, I'm just being real and YES, IT'S A BOY, again. Ni last, lepas ni Mak nak tutup production dah *facepalm*

Did I told you that Mak pergi 4D Scan last month dekat Klinik Nur Aini, Pasir Gudang? RM100 for pic and video (dalam CD) and printed report. Best jugalah, tapi tak boleh compare Columbia Hospital punya 4D scan (with Dr. Rajesh, highly recommended).
4d scan 26 weeks
Baby sembunyikan muka, but kalau tengok above picture betul-betul you can see side of his face. He move actively masa scan session. Kejap pusing sana, kejap pusing sini. Hiccups some more. Especially when he hear his brothers voice. Macam tak sabar-sabar nak keluar main dengan abang-abang. *pengsan*

Of course la I'm super excited, in fact kami semua super excited. Alhamdulillah, he's doing just fine and actively kicking my thin stomach yang dah start develop stretch mark all over the place. I notice that this time, baby a bit bigger. Ke perasaan mak je? Even my husband ask whether I'm sure I'm pregnant with one baby cause my tummy look huge and at 6 months mak dah start look like penguin, walk like a penguin.

Apa-apa pun, it's confirm satu je dalam perut Mak ni. Mak belum fikir nak bubuh nama apa. Yusuf? maybe. Feel free to give me any idea ;) and doakan kami sekeluarga. InsyaAllah. Till then, Salam.

Resepi Nasi Ayam Mudah dan Sedap

Resepi nasi ayam sedap dan mudah
Rasanya dah ramai yang share Resepi Nasi Ayam paling mudah dan sedap ni. Penulis (owner resepi) Puan Rafiza Idayu kata, cara ini diadaptasi dari resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham. Power kan?

Bila bercakap pasal nasi ayam, mak memang jarang buat sendiri sebab kedai nasi ayam literally depan rumah mak je, so mak beli kedai kalau nak makan. Tapi bila nampak resepi yang sangat simple dan mudah ni. Mak terus pi pasar cari ayam, pakcik tu siap bagi lemak ayam extra lagi. HUHU. Berikut resepi mak dah susun ikut workflow:

Benda pertama sekali kita kena buat, rendam sekejap beras yang telah dibasuh bersama 1 sudu teh serbuk kunyit selama 15 minit untuk bagi warna nasi nampak cantik. Kemudian bersih dan toskan.

Kedua, sementara rendam beras tu, kita handle ayam. Ayam seekor tu potong 12. Panaskan air sehingga mendidih baru masukkan ayam (in order to seal jus ayam) Pastikan ayam semua terbenam, tutup periuk dan biarkan selama 5-6 minit dan keluarkan dan toskan ayam. Air rebusan jangan dibuang.

Ayam Goreng/Bakar

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sdb madu
2 sdb sos tiram
1 sdb kicap pekat - kicap ABC
1 sdb minyak bijan
Sedikit lada sulah

Cara Memasak:
1. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2. Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3 Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat. Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

Mak bakar je dalam oven, 200°C dalam 30minit. Fuss-free and healthy. Baki perapan mak pekatkan atas dapur dengan api kecil and lumur atas ayam lepas dah siap bakar.

Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Beras 3 pot + 1 sd serbuk kunyit (as mak mention earlier)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dipotong nipis
1 ketul Kiub pati ayam
Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam

Cara Memasak:
1. Panaskan lemak ayam sehingga keluar minyak (tutup periuk) dan tumis halia serta bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan tadi dan masak seperti biasa.

Sambal Nasi Ayam

Bahan-bahan:

6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sdb gula
1 sdk garam
200ml air rebusan ayam
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air

Cara Membuat:
1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
3. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

Sup Ayam
Baki air rebusan ayam tadi awak masukkan sahaja 2 ketul kiub ayam, daun sup dan bawang goreng. Settle.

Hidangkan dengan daun , tomato dan timun. Memang sedaplah. Makan nasinya by itself pun dah sedap. Ayam dia jangan cakaplah, memang best! Lepas ni nak buat nasi ayam pakai resepi ni je.

Jadi, mak dah mencubanya. Anda pula bagaimana? Till then, Salam ;)

Sunday, October 15, 2017

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 15 Oktober 2017

Global Rank: 2,868,355

Rank in Malaysia: 19,073

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

Entri purata 1/day pun boleh naik almost half daripada ranking sebelum ni. Most of the traffic came from google search and direct. Kiranya banyak entri dalam 1st page google dan ada pembaca setia la kan? kan? Alhamdulillah.

I'm currently dah 3rd trimester. This pregnancy memang penat tahap dewa compared to my pregnancy before. Ingatkan nak start entry bout pregnancy or else yang berkaitan. But I can only think bout food setiap masa. Sebab tu selalu up entry recipe je memanjang. Bukan nak cantas blogger masakan. Sapelah Mak ni nak compare dengan diorang. Tengok cara ambil makanan pun dah tahu mak ni super noob, nak cakap pasal flatlay lagilah fail. KAHKAHKAH.

Due sepatutnya next year pertengahan Januari. Tapi rasanya tak sampai next year kot as sebelum-sebelum ni 35-36 weeks, baby dah excited nak keluar. But who knows? Doakan segala kebaikan untuk my family and I. Till then, Salam ;)

Wednesday, October 11, 2017

Resepi Puding/Custard Caramel Mudah

It's been years mak makan puding karamel, sebab dulu mak rajin benar buat tiap minggu sampai muak dah nak menjamah. Tapi since last week ternampak kawan post pasal puding karamel, teringin pula jadinya. Bila teringat, pagi subuh jam 3 tadi mak bangun-bangun terus buat puding. So, boleh makan dessert for breakfast ;)
Resepi puding karamel mudah sedap
There's two ways of making puding karamel or custard caramel; whatever you call it, bakar dalam oven or kukus guna pengukus. Sebelum ni, mak guna resepi lain (Link - mind my language in this FB note, note zaman kanak-kanak) Tapi yang resepi mak share ni sikit je barang, lebih kurang sama juga rasanya.

Bahan-bahan:
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
400 ml susu cair atau susu full cream
6 sdb gula

Bahan untuk karamel:

5 sdb gula kastor
2 sdb air

Cara Membuat:
1. Mulakan dengan buat karamel dalam loyang terus, perhatikan api jangan over caramelized nanti pahit ;) Dah siap letak tepi sejukkan.
2. Blender semua bahan custard, dalam 8-10 saat sehingga sebati (don't over do it)
3. Tapis dan masukkan larutan ke dalam loyang tadi.
4. Bakar dalam oven 180°C selama 45-60 minit. Gunakan teknik water bath. Bubuh aluminium foil sekeliling loyang dan rendam loyang dalam dulang yang berisi paras 3/4 loyang kita tadi ATAU kukus di dalam pengukus selama setengah jam atau till it set.
5. Dah siap bakar, sejukkan dalam peti ais selama sejam dan sedia dihidangkan.

Macam mana? Senang ke susah? Boleh try nanti ok? Cuma hati-hati time buat karamel tu ;)

Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000

Ada baca BH Online petang semalam tak? Mak nak share this not-so-good news dengan kawan-kawan. If awak tak register anak awak within 60 days of birth, kena denda RM1000 berbanding sebelum ni RM50. Mak tak pernah lambat daftar lambat surat beranak anak, JPN pun dekat. Tapi kalau macam orang susah nak datang, transport tak ada etc. macam mana ek? Ke boleh refer or minta bantuan ketua kampung? Ada medium lain tak? Sebab mak pernah jumpa dulu kat Perak masa join volunteer program, ada orang asli yang tak ada surat beranak or IC. Belum cerita pasal Sabahan lagi. Kesian tau.

Denda lewat daftar kelahiran naik RM1,000 (Sumber: BH Online)
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Asyraf Hamzah
KLUANG: Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPN Johor, Rokiah Hanum Ibrahim.

P/S: Semoga semua urusan dipermudahkan.

Tuesday, October 10, 2017

Resepi Kari Ayam Paling Mudah dan Sedap

Memanjang post resepi mudah dan self-aclaimed sedap. HAHA. Anak-anak dengan maknya sekali memang suka makan kari. Every week wajib masak kari ayam/daging. Bertambah-tambah anak makan. Mak gemar lebihkan kuah, kentang, and buat pekat-pekat. Kalau ada lebihan, boleh buat cecah roti or lempeng untuk keesokkan harinya. Memang menjilat jari.
Reaepi kari ayam daging mudah
Bahan-bahan:
10 sdb minyak masak - 50ml
1 kayu manis - 4g
2 tangkai daun kari - 2g
1/4 bahagian ayam dipotong kecil - 200gm
1 biji ubi kentang dibelah 4 - 50gm
1 tomato kecil dibelah 4 - 60gm
1/2 batang lobak - 70gm
1 paket serbuk kari ayam/daging - 25gm
1 sdk garam - 5gm
2 cawan air - 500ml
1/2 cawan santan - 125ml

Bahan kisar halus:
1 bawang besar / 3-4 biji bawang kecil - 40gm
4 ulas bawang putih - 20gm
2cm halia - 15gm

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar, kayu manis dan daun kari sehingga wangi dan masukkan serbuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
2. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak baru masukkan ayam dan kentang. Gaul rata dan tutup sekejap dalam 3 minit.
3. Masukkan air dan garam. Kacau dan tutup lagi dalam 12 minit.
4. Bila ayam dah nampak masak, masukkan tomato, kecilkan api dan masukkan santan. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.

Ada orang suka gantikan santan dengan susu cair. As ada banyak rempah kari dekat pasaran, mak suka brand Baba's. Mak dah compare dah ingredients and taste dia. Baba's punya lagi kick. Dan 1 lagi, kalau nak pedas, boleh tambahkan cili serbuk atau cili kisar semasa menumis. Takpun partner je kan dengan sambal belacan dan ikan masin. Kalau suka kicap, gaul kicap cap kipas udang. Huhu. Lapar pulak perut mak.

Selamat mencuba ;)

P/S: Bila anak dah besar dari bayi ke preschooler, seronok dapat masak and makan sama-sama. Taklah memanjang mak makan bubur je.

Monday, October 9, 2017

SUPPORT ME!! POKUCU Contest

SYARAT-SYARAT:
1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM
3 - Follow IG @Kaymieyarahman
4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest
5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
6 - Publish entry terbabit dantinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.

Komen tentang POKUCU.COM:
1. Kemas dan susunan layout teratur
2. Fast-loading
3. Perkongsian menarik

Sunday, October 8, 2017

Delimas : Sambal Rangup Ikan Bilis Halus Review

Delimas Sambal Rangup Bilis halus
Sebenarnya produk Muslim ni dah bertahun-tahun dekat pasaran. And jarang ada sambal ready made yang betul sedap dan menepati citarasa. But not with this product. Ya, ini bukan sponsored post. HAHA. Inilah dia Sambal Rangup Ikan Bilis Halus/Crispy Anchovy Chilli. Harga dalam RM8.++ for 180g. Boleh beli dekat Giant atau Tesco (Link) Ada dua variant, yang atas ni ikan bilis and satu lagi udang. Pedas bak hang, tapi yang pedas tu la yang buat lagi tambah selera. Ye tak?

Mak suka yang ikan bilis, sedap buat cecah or rencah masak or makan begitu saja dengan nasi/mee. Bila mak buat favourite dish mak macam chee cheong fun ke chilli pan mee ke sizzling yee mee ke, memang best bila dipadankan dengan sambal ni. 

Tak rugi beli. Nanti try tau and share pandangan awak pula ;) Oh nanti ada masa mak share resepi Chilli Pan Mee versi derhaka juga, KAHKAHKAH. Jadilah~ takkan kita nak pergi Ipoh semata-mata nak makan mee. Masaklah sendiri *pasrah* Till then, have a nice weekend. 

Resepi Chee Cheong Fun Hong Kong Style Versi Paling Mudah, Pantas dan Sedap

Chee cheong fun hong kong
Chee Cheong Fun (CCF) ni antara chinese food paling sedap sekali bagi mak masa stay dekat Ipoh years back. CCF ni sebenarnya freshly-made rice noodle roll macam laksam tu tapi nipis lagi. Lebih kurang kue tiaw. Macam-macam versi ada Ipoh-style, KL-style, Teluk Intan, Kampar, Penang, you can google it yourself what is the different between this stylo-milo kue tiau.

As for today, after years perfecting my recipe, this is it: Chee Cheong Fun Hong Kong-style versi derhaka tapi rasa sedap sama macam Restoran Hollywood Ipoh buat.

Bahan-bahan:
2 cawan kue tiaw - dicelur
200gm isi udang/isi ayam - celur dan cincang dan put a bit of white pepper ;)

Bahan kuah:
30ml kicap cair
60ml air
1 1/2 sdk gula
1/4 sdk kiub ayam Knorr
1/4 sdk minyak bijan

Hiasan:
Sambal Ikan Bilis Bercili Rangup Brand Delimas
Bawang goreng
Daun bawang
Bijan
Minyak bijan - 4/5 drops

Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kuah in one pan and simmer api kecil sehingga mendidih dan tutup api, ketepikan.
2. Letak kue tiaw dan bubuh ayam/udang cincang tadi sesuka hati. Nak sembunyikan bawah mi pun boleh. Letak kuah and sprinkle all above garnishing stuff (wajib ada bawang goreng and sambal)
3. Makan.

In case awak tertanya-tanya apakah Sambal Ikan Bilis Bercili Rangup brand Delimas ni, kejap lagi mak sambung dekat next post. Panjang benar dah entri ni rasanya, KAHKAH. Terubat rasa rindu kat Ipoh bila dah menjamah CCF ni.

Dulu mak duduk sana dekat 5 tahun ulang-alik Tambun-Hospital Ipoh. I even plan to menetap terus dekat sana, tapi hajat mak tak kesampaian. Allah s.w.t. ada plan lain untuk mak.

Mungkin one day, I will settle down there bila duit dah cukup RM10juta dalam bank. InsyaAllah, doakan ;) Till then, Salam.

Saturday, October 7, 2017

Cara Buat Roti Sosej Cheese Sedap

Resepi roti sosej mudah
Hari ni mak share resepi mudah je lah: Roti Sosej dengan cheese, sesuai untuk sarapan, minum petang atau bekalan anak-anak ke sekolah. Atau tatkala perut lapar dan mendambakan comfort food. KAHKAH.

Bahan-bahan:
10 keping roti - dilenyek
10 batang sosej - direbus
5/10 keping cheese - mak pakai cheddar, kalau nak lagi best pakai mozarella boleh tarik-tarik, potong nipis.
2 cawan serbuk roti - mak suka guna jenama Meriah (perasa original)
2 biji telur dipukul
1 sdb herba oregano - suka hati, gaul dengan serbuk roti
Resepi roti sosej sedap
Cara-caranya:
1. Susun "breading station" : roti, sosej, cheese, pukulan telur dan serbuk roti.
2. Letakkan sosej dan cheese di atas roti, gulungkan dan letak sedikit telur di hujung roti which act as pelekat.
3. Celup roti tadi dalam telur dan golek-golekkan atas campuran serbuk roti tadi. Letak tepi dan repeat sehingga semua bahan habis.
4. Dah siap, boleh terus goreng api kecil or frozenkan.
Serbuk roti sedap Mudah
Serbuk roti jenama Meriah tu ada 2 variant tau; Original dengan Italian Herb. Kalau guna yang italian herb dah tak perlu bubuh herb lagi. Kalau tak ada jenama ni, nak guna jenis apa-apa pun boleh, or buat sendiri or taknak salut serbuk roti pun tak apa. (atau hancurkan biskut cream cracker, pretzel or apa-apa yang ada)

Selain guna sosej, boleh guna isi ketam, or anything yang terlintas. Ikut kreativiti masing-masing. Senangkan? OK. Selamat mencuba.

Friday, October 6, 2017

Photobucket Pula Problem.

Hari tu ImageShack sekarang Photobucket. Sebenarnya benda ni dah lama. Tapi disebabkan malam ni mak baru nak berkesempatan nak download pic dari photobucket satu-satu and upload balik gambar, mak rasa macam nak rage sangat. Dahlah dah banyak pic upload dekat Photobucket. Dahlah update blog pakai phone je sekarang ni. Geram pula mak bila Photobucket tak boleh guna dekat Blogger (3rd party). OK, tu je. Pfft~

Thursday, October 5, 2017

HASRULHASSAN.COM Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM
Salam. Lin join Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 anjuran otai SEO - HasrulHassan.com. jom join sekali? Klik banner di atas.

Blog #TheRealBloggerMak
Been blogging since Lin masih belajar lagi pada tahun 2011, that time nama blog Lin: Monolog Dalam. Entry banyak berkisarkan life Lin as student, my hobi - foodhunting, my studies, product review, beauty and health stuff, current issue or event etc. After almost 7 years berblog, blog Lin tak banyak berubah, masih berniche kan Lifestyle tapi lebih matang la ditambah dengan Lin rebranding semula blog ni, tukar nama blog jadi #TheRealBloggerMak as Lin pun dah jadi mak-mak sekarang. HUHU. Now, people know me as Mak Lin.

Lin kenal Sifu HasrulHassan since zaman-zaman dulu juga. Blog yang selalu bagi tips and tunjuk ajar tentang SEO, how to generate money online and else. Selalu join Hasrul Hassan punya segmen. Thanks Otai HasrulHassan ;)

Till then, salam.

Rutin Mak dan Aktiviti Anak

Buat masa sekarang routine mak setiap hari lebih kurang sama je. Bangun pagi, siapkan sarapan (or makan dekat luar), tidurkan Fateh while mak masak cepat-cepat for lunch dengan "bantuan" 2 chef; Adam and Iman and spend most of the time sebelum Fateh bangun (dalam pukul 1pm) dengan tengok TV, joget-joget (especially time lagu Larva), ajar mengaji or do any activities lah yang mak terlintas nak buat (or I google it). WAJIB ada aktiviti dengan budak dua orang ni, or they end up bercakaran sesama sendiri. Kalau tak Adam kacau adik dia, mesti Iman yang provok abang dia.

Bila Fateh bangun, we had lunch together, then turn Adam dan Iman pula nap sampai pukul 4 petang. Jadi sementara tu, mak spend time dengan Fateh pula. Kiranya lapang sikitlah mak nak buat preparation untuk tea ke, nak update blog ke, basuh toilet ke, eh macam-macam la nak buat sebab Fateh suka main sendiri (ikut mood dia). Petang nak ke malam macam biasalah, kadang-kadang mak bawa diorang ke Taman Tasik, main playground picnic etc. Ikut tenaga dan mood mak macam mana. Apa-apa pun boleh, yang penting anak tak rasa bosan or terperap. Anak lelaki ni banyak tenaga, so kita kena salurkan ke tempat yang betul dan bersesuaian. Kalau tak, jangan salahkan anak tantrum bagai. Lebih kurang macam tu la bunyi parenting book yang mak baca.

Indoor Activities
Antara aktiviti kesukaan mak dengan anak mak, of course, play with Lego, bola (sebab rumah mak tak ada barang or anything fragile, so main bola dalam rumah dibolehkan), baca buku, and paling Adam dan Iman suka, buat kraftangan. Most of craft stuff mak beli dekat DIY je. Ada yang siap ada craft kit. Semua ada, senang dan murah. Paling baru mak beli buku ni: Buku Craft, gunting tampal.
 Antara contoh aktiviti dalam buku ni:
 
It cost me RM2.90/book. Adalah dalam 10 aktiviti. Lepas dah siap, ikut kreativiti mak-mak la. Boleh play pretend ke macam mana. Kertasnya tak keras, kalau rajin tampal la dekat manila kad. Macam last time, lepas dah buat watch, belt, crown semua, Adam dengan Iman jadi superheroes (with pistol lego) I ask them cari kejar semut and kill them all! Keep them occupied while mak scroll message customer and FB. KAHKAHKAH.
 
 
Then esoknya, mak ask them whether they love me or not. Kalau sayang, buatkan ibu ini dan ini (tunjuk aktiviti yang mak nak diorang buat that day). Senang kerja and now at 3 and 4, Adam dan Iman dah kenal selotep, gam serta gunting dan pandai menggunting walaupun senget-senget. Last-last Ibu juga yang kena trim cantik-cantik.
Tak apa yang penting this is my effort spending more time dengan anak-anak kan. Doing thing they love. Tak lah sepower mak-mak homeschooling. Tapi bolehlah~ Lagipun next year Adam dah start prasekolah, dengan adik baby due end of this year lagi, macam manalah nak divide time and attention for each baby. Doakan dipermudahkan semua, InsyaAllah.

So mak-mak, apa aktiviti yang korang buat dengan anak? Meh share dengan mak, aktiviti ke, website rujukan ke. Till then, Salam.

Wednesday, October 4, 2017

Daily Quotes #25

Hi Love ;)
"Worrying does not take away tomorrow's troubles, it takes away today's peace,"

Indeed. Somehow worrying bout thing that you can't change just a waste of time. You should start with things that you can change.

Sotong Goreng Tepung Bestari

Sotong Goreng Tepung bestari
Hari ni tempat mak mengalami gangguan bekalan air sampai pukul 2 pagi. Based on notice, katanya nak pasang paip baru. Pengsan lah gini dengan baldi air cuma ada dua nak cater "keperluan" budak-budak ni. Mak redha. Kalau terdesak sangat nanti kita check in hotel jelah. HAHA.

OK, enough with kisah rumah mak tak ada air. Mak nak share pasal Tepung Goreng Ayam Rangup Serbaguna Cap Bestari yang viral since tahun lepas tu.
Tepung goreng cap bestari
Inilah Tepung Cap Bestari. Mak beli packaging kecil 150gm dalam kotak. Harga dalam RM2.++ dekat Tesco. Kalau packaging besar dia bubuh dalam plastik. Ada dua variasi; asli dan pedas. Memang mudah tak perlu bubuh telur or else and breading dia cantik je, melekat, rangup je. Selalunya mak guna untuk buat ayam goreng or chicken popcorn. Anak-anak mak memang suka, cuma pendapat tekak mak, rasa dia biasa je macam tepung lain sebab ikutkan mak lagi suka ayam goreng gaul kunyit garam.

Kisahnya last week, ternampak pula Ummi Hernee kita share buat sotong goreng pakai tepung ni. Bergelodak perut mak. Belum pernah try lagi sotong. Nampak macam sedap je. Jadi mak pun buatlah bila berkesempatan.

Bahan-bahan:
5 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
Sekotak Tepung Bestari 150gm

Cara-caranya:
1. Keringkan sotong dengan kertas tisu, pedap-pedapkan untuk buang lebihan air.
2. Taburkan tepung diatas sotong, gaul dan perapkan selama 30 minit. Renjis-renjis air sedikit bagi tepung melekat dekat sotong kalau sotong kering sangat.
3. Selepas perap, salutkan sotong dengan tepung semula. Gaul-gaulkan sehingga fully coated.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan. Jangan digoreng terlampau lama. Sotong nanti jadi liat.
5. Sedia dihidangkan.

Menangis juga tengok harga sotong paling murah sekilo RM27. Mak beli 5 ekor kecil je cukup-cukup RM10. Jadilah sepinggan besar, sekali hadap. Iman paling suka. Suka mak tengok, berselera anak-anak makan. Alhamdulillah.

P/S: Korang makan tentacles sotong? Mak tak pernah seumur hidup, makan badan je. Sebab teringat mata dia terus letak tepi. KAHKAHKAH.

Tuesday, October 3, 2017

Sambal Kicap Johor

Cara buat sambal kicap
Of course I'm a proud Johorean. Eh tetiba. Tak kisahlah awak panggil sambal cili kicap ke sambal kicap johor ke, sambal ni memang sedap kalau buat cecah pisang/keledek/ubi - gorengan or tauhu or tempe or mee siput.

Ada orang tumbuk je semua bahan, then bubuh kicap. Ada juga yang tak letak bawang merah, ada yang letak. It's up to you la nak buat macam mana. So this is my version. Awak?

Sambal Kicap Johor Versi Jawa

Bahan-bahan:

4-5 biji cili hijau
3-4 biji cili padi - nak pedas letak lagi banyak
4 ulas bawang putih
Kicap - ikut suka nak cair ke pekat, cap kipas udang sedap!
Garam dan gula

Cara Membuatnya:
1. Goreng cili dan bawang seketika (tak perlu potong) dan masukkan kedalam blender bersama-sama kicap, garam dan gula. Kisarkan.
2. Rasa sedikit ikut citarasa, kalau nak letak garam lebih ke, gula lebih ke. Kisar semula.
3. Sedia dihidangkan.

Kalau bab sambal ni Lin memang suka buat banyak-banyak buat stok then letak dalam peti ais. Memang sedap!

Monday, October 2, 2017

Resepi Ringkas Begedil Sedap

Cara buat begedil senang sedap
Semalam mak berkemas-kemas spring cleaning sikit. (Setiap Ahad memang begitu) Plannya nak gantung kuali konon-konon nak pergi makan Nasi Padang lah dengan anak-anak masa lunch.

Terbayang-bayang mak begedil bulat-bulat kat restoran tu. Tapi, mak ingatkan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Lebat pulak tu. Parah.

Mak fikir-fikir, leceh juga nak bawa 3 superheroes ni dengan perut mak lagi. Lantas mak masak nasi, lauk cendawan masak lemak, ayam goreng. Lambat sikit masaknya. Nasib baik budak-budak dah makan nasi goreng kenyang-kenyang waktu sarapan. Kalau tak dua kali sekejap tanya ibu dah siap masak ke?

Tapi mak still teringin benar nak makan begedil. Korek punya korek ada lah kentang 2 biji. Pungpangpungpang jadilah begedil mak. Puas makan, hilang kempunan mak. Anak-anak pun suka, ratah gitu je diorang.

Bahan-bahan:
2 biji kentang - direbus dan dilenyek
1 sdb bawang goreng
1 sdb daun sup - dihiris halus
1 ulas bawang putih - cincang halus *jika suka
1 sdt serbuk lada putih
1 sdt serbuk lada hitam
Garam secukup rasa (or serbuk perasa maggi)
1 biji telur - dipukul dan digunakan untuk mencelup begedil sebelum digoreng

*boleh tambah ayam/daging/udang cincang jika suka

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan kecuali telur dan gaul sehingga sebati.
2. Kepalkan bulat-bulat comel sehingga habis semua adunan.
3. Celurkan kedalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng.
Tips menggoreng: Masa menggoreng, pastikan bahagian sebelah garing dulu, baru terbalikkan. Untuk elakkan bergedil pecah. Api sederhana.
4. Sedia dihidangkan.

Selera betul makan ada lauk-lauk simple macam ni. Esok-esok boleh buat banyak-banyak then frozenkan. Senang anak-anak nak makan (mak dia sekali). Makan dengan mi soto pun sedap ni. Eh. Esok masak mee soto nak tak?

Saturday, September 30, 2017

Rahsia Kurus Paling Ultimate

DULU ZAMAN BELAJAR, MAK KURUS 45KG TAU 😑
.
menu pagi makan oat, tgh hari tapau nasi, lauk ayam blackpepper dengan sambal tempe. asing-asing. hari-hari lauk sama tak jemu. pastu bahagi dua untuk lunch and dinner, malam makan donut seketol sebab masa tu mak berniaga donut tiap-tiap malam dari bilik ke bilik, sorang-sorang je bawa 3 bakul, dahler badan kecik. exercise la juga naik turun blok bawa bakul donut. then seludup masuk asrama UiTM jual kuih raya time puasa acah-acah nak tumpang masjid konon nak terawih cakap kat pakguard siap bertelekung
.
duit simpan. akhir sem beli laptop pakai titik peluh sendiri. bila dah kahwin - ya mak kawin masa belajar lagi, memanjang makan smpi tembun. korang ada kenangan?
.
kesimpulannya jangan habis belajar, dan jangan kawen. ok. mak gurau. berbalik pada tajuk entri sebenarnya nak kurus, kena jaga makan dan aktif. tu je.

#ceritamak #reminiscing

Ranking Alexa #TheRealBloggerMak - 30 September 2017

Global Rank: 3,665,204

Rank in Malaysia: 36,767

Sumber: SINI

Rekod Sebelum INI.

Alhamdulillah, ranking Alexa mak dah turun almost half for the last 10 days. Kena usaha lagi ni. Cita-cita nak mohon Adsense, tapi belumlah berkesempatan lagi. Kena gigih dulu update more post, barulah terasa diri layak memohon ;)

Friday, September 29, 2017

Ujian Pap Smear Percuma Seluruh Malaysia

Alhamdulillah. Di sini Lin nak share Ujian Pap Smear secara percuma di semua Klinik Nur Sejahtera & Klinik Subfertiliti LPPKN bermula dari 1 September 2017 sehingga 30 November 2017.

Bagi warga Johor, hubungi klinik berhampiran seperti yang dinyatakan di bawah untuk temujanji anda.
KNS Johor Bahru (07-5588204)
Ahad hingga Selasa
8.00 pagi -4.00 petang

KNS Pontian ( 07-6873696)
Isnin - Rabu
8.00 pagi - 12.00 tengahari, 2.00 - 4.00 petang
Khamis
8.00 pagi - 12.00 tengahari

KNS Kota TInggi (07-8831876)
Ahad - Selasa
8.00 pagi hingga 4.00 petang
Khamis
8.00 pagi - 12.00 tengahari

KNS Batu Pahat (07-4342315)
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 12.00 tengahari, 2.30 - 4.00 petang

KNS Muar (06-9514159)
Selasa: 2.00 - 5.00 petang
Rabu: 8.00 pagi - 4.00 petang
Khamis: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

KNS Segamat (07-9311003)
Isnin - Rabu
8.00 pagi - 4.00 petang
Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang

KNS Kluang (07-7713344)
Ahad - Rabu
8.00 pagi - 4.00 petang
Khamis
8.00 pagi - 12.00 tengahari

Sebarang maklumat lanjut, boleh ikuti LPPKN di Facebook, Twitter dan Instagram.

Cara Buat Stok Ikan Bilis Serbuk

Orang kata makan MSG ni tak bagus. Apa-apa pun pada pendapat Lin as long as tak ambil secara berlebihan, it's still OK. Lin masak tak pakai garam dan ajinomoto, tapi Lin pakai kiub pati jenama Knorr or Maggi kadang-kadang. Senang. Tak pakai banyak pun.

Kalau ada stok rebusan Lin simpan. Kalau masak dah guna kicap, sos tiram, cili or tomato, buat apa nak bubuh garam dan gula lagi, right? Tapi ikut tekak masing-masinglah. Lin pun memang tak kuat masin. Husband je yang dok komen Lin masak tawar. Memang Lin masak tawarpun, healthy u know~ so alternatively Lin hadiahkan dia table salt. Suka hati dia la nak makan garam 1 botol ke macam mana. Tanggungjawab Lin dah lepas, Lin tahu Lin dah masak se'healthy' yang mungkin untuk family. Sepatah kata, sakit kemudian hari, Lin malas nak layan~ *kejam* HAHAHA.

Then kalau rajin, Lin buat stok sendiri. Macam cara buat stok ikan bilis yang Lin nak kongsi hari ni.

Bahan-bahan:

Ikan bilis - kuantiti terpulang

Cara-caranya:

1. Kopek ikan bilis, buang kepala dan isi dalam ikan. (Tips: Kalau ada budget lebih, beli sahaja ikan bilis dah siap kopek, tapi bersihkan dan tengok satu-satu kalau ada benda asing)
2. Rendam dalam peti sejuk selama semalaman.
3. Keluarkan dari peti ais, dan toskan kering-kering. Pedap-pedap sikit pakai kertas tisu. (ATAU awak bakar je dalam oven terus)
4. Goreng/sangai tanpa minyak atau KITA BAKAR, KITA BAKAR je dalam oven. Bila garing, kisar guna blender.
5. Ayak dan simpan dalam peti ais.

Senang! Free from MSG and kurang garam. Boleh bubuh dalam bubur, buat sup, buat rencah nasi goreng pun boleh. Baby pun boleh makan ;) till then, salam.

Resepi Masak Lemak Sayur Campur

I do believe mak-mak macam Lin selalu pening nak masak apa setiap hari untuk family, nak kena fikir variation of dish according to selera bebudak, budget, time and of course tenaga juga. Jadi solusi yang tepat bagi Lin, all-in-one-pot dish. Cukup semua fiber, serat, vitamin, protein and else dalam 1 lauk (macam tomyam, soup or stew) Kalau mak or bapak budak nak lebih, makan la ulam-ulaman cecah sambal ke, goreng telur ke. Bukan malas, but I'm just being real guys and healthy. HAHA.

So hari ni I would share my simple resepi masak lemak sayur campur yang kuah warna putih tu, bak kata my son. Lagipun Lin tak galakkan anak-anak Lin makan pedas, even Fateh (he's 21 mo) sebenarnya ok je, but remember guys, bebudak ni memang boleh tahan pedas, but medically, perut diorang still nipis and in long term boleh mengakibatkan macam-macam problem (gastrititis etc.) kemudian hari. So, better safe than sorry ;) Sekali sekala tidak apa.

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah - dipotong*
1/2 biji kobis - dipotong*
5 kacang panjang*
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 kotak kecil santan
3 cawan air
1 kiub pati ikan bilis atau 1 sdm udang kering

*Sayur dan bahan lain boleh dipelbagaikan: cendawan tiram, cendawan enoki, petola, tauge, pucuk paku, tauhu, tempe, udang yang telah dikopek dan sebagainya.

Cara Memasak:
1. Potong semua bahan mengikut saiz yang diingini.
2. Masukkan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk dan didihkan.
3. Seteleh mendidih, masukkan santan dan kacau sentiasa jangan sampai pecah minyak dalam 5-7 minit sehingga mendidih. Siap.
4. Sedia dihidangkan.

Senangkan? Perut kenyang senang hati. Tengok anak makan bertambah pun lagi senang hati kita. Alhamdulillah anak-anak Lin tak ada masalah nak makan even sedikit memilih when it come to sayur. Bukan taknak makan, but they do prefer sayur yang tak pahit macam kangkung, cendawan, carrot, kobis etc. (mak dia pun sama-but don't tell them I put blended brocolli, baby corn, potatoes etc. in their jemput-jemput/cekodok dll.)

Ala~ korang pun memilih jugak makan sayur kan. HAHAHA.

Wednesday, September 27, 2017

Resepi Asam Pedas Johor

Satu lagi resepi favourite Lin, Asam Pedas Johor - perfect balance of masam manis and a kick of spiciness. Yep, there's a lot of version of asam pedas (asam pedas melaka and else) but I'm making a Johore version (cause I'm proudly a Johorean of course) ;)

Sebenarnya jarang Lin masak asam pedas sebab I have a baby and a toodler and pre-schooler (plus one superheroes still cooking in the oven). 1st, tak sesuai dengan perut bebudak ni (not yet). 2nd, I don't have that much time to cook banyak-banyak lauk. Lin prefer lauk all-in-one-pot semua protein, sayur all-in-one macam tomyam, soup etc.

So, bila masak my favourite asam pedas macam ni dah rasa macam a kind of luxury for mom's stomach you know. Huhu. Usually Lin masak lebih, half frozenkan then baki untuk makan with some kuah left out to savour myself with toasted bread. Fuh~ indulgence sungguh.
Resepi Asam Pedas Mudah
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil (boleh digantikan dengan ikan)
1 batang serai - dititik
Daun kesum/Tomato/Bendi/Bunga kantan
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - ditumbuk, kuantiti terpulang, kalau suka pedas boleh lebihkan lagi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 sudu teh ketumbar dan 1 sudu teh jintan manis - ditumbuk halus, jika suka

Bahan Kisar: (blender pakai minyak terus)
35 tangkai cili kering - gunting, rebus sekejap dan toskan

---asingkan cili kisar dan bahan kisar bawah ni---

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan - Lin

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan baru masukkan cili kisar, tumis sehingga garing.
2. Masukkan ayam, daun kesum (dengan batang-batang sekali kalau nak) dan bunga kantan. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam macam masak sikit.
3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
4. Tambah air (ikut kepekatan yang disukai), perasakan dengan garam dan bubuh lada hitam.
5. Letak bendi dengan tomato (Kalau nak) Tutup dan renih sehingga ayam masak. Sedia dihidangkan bersama nasi putih. Kalau ada lebih kuah, boleh cecah dengan roti ;)

That's all for today sharing. Till then, selamat mencuba.

Tuesday, September 26, 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Ni dah kira macam 1 hari 1 resepi dah blog ni. Hari ni Lin nak share ayam masak lemak cili padi/cili api. Sebelum ni Lin ada share juga telur masak lemak cili api (Resepi di sini) tapi resepi ayam ni Lin tak letak lengkuas.

Biasanya Lin suka letak kentang, kadang-kadang Lin letak kacang panjang, sedap juga. Dah tak payah masak lauk sayur dah. Huhu.
Ayam masak lemak cili padi sedap mudah
Bahan-bahan:
500gm ayam - potong kecil
2 biji kentang - potong kecil
1 biji cili padi - terpulang kalau tak nak letak, or nak letak banyak
1 kotak kecil santan - Lin guna cap ayam
(asingkan 3/4 bahagian santan + 4 cawan air = santan cair dan 1/4 baki santan pekat)
1/2 sdk serbuk kunyit
3/4 sdk asam jawa - terpulang nak letak atau tak
1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 inci halia
Segenggam Ikan bilis (atau 1 kiub ikan bilis)

Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kentang, gaulkan dan biarkan seketika.
3. Masukkan santan cair dan asam jawa, biar hingga mendidih.
4. Kalau dah agak-agak ayam dan kentang nak empuk, kecilkan api dan masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk kunyit.
5. Biarkan mendidih, kacau sentiasa jangan bagi pecah minyak.
6. Bila ayam dah masak, tutup api dan siap!

Itu je. Lin tak la pandai masak, kalau ada tips or petua-petua nak buat lauk lagi sedap, jangan segan-segan bagitahu ya. Share la sikit tips korang ;) till then, selamat memasak!

Monday, September 25, 2017

Resepi Nasi Lemak, Sambal Tumis Paling Mudah dan Sedap

Nasi lemak memang sedap di makan sebagai sarapan pagi atau petang. In fact, Malaysian do makan nasi lemak all around the clock. Basically, nasi lemak ialah nasi yang dimasak bersama santan with aromatic add on macam pandan, serai, halba, lada hitam, kulit kayu manis, hirisan bawang. Lepas tu dipartnerkan dengan sambal tumis, hirisan timun, kacang, ikan bilis dan telur goreng. Tapi awak boleh makan dengan apa pun nasi lemak memang best.
Resepi Nasi Lemak Mudah
Cara atau teknik memasak pun berbeza-beza, ada yang letak semua bahan in one pot then terus masak (easiest way), ada yang tunggu mendidih baru letak santan (bagi nasi tahan lama) ada yang masak in one pot tapi santan yang digunakan tu dididihkan terlebih dahulu bersama daun pandan dan ada juga yang masak sekejap dalam pot then kukus dalam pengukus.

Apa-apa pun, kesedapan nasi lemak mostly bergantung pada sambal tumis yang sedap ;) So today, Lin nak share resepi nasi lemak beserta sambal tumis yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak.

RESEPI NASI LEMAK

Bahan-bahan:
Nasi dan air seperti biasa tapi kurangkan 200ml sebab nak letak santan
(Lin guna 2 cawan beras dan 425ml air - depends on beras yang digunakan)
1 kotak kecil santan
2 inci halia - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
Sehelai daun pandan - dicarik dan simpulkan
1 sdb minyak masak - terpulang, nak elak nasi melekat
1 sdt garam

Cara Memasak:
1. Campurkan semua bahan kecuali santan dan halia dalam rice cooker dan masak.
2. Bila nasi dah mendidih, masukkan halia dan santan (untuk bagi nasi tahan lama dan lebih harum) dan kacau rata. Boleh sambung masak.

ATAU - just put all once! pun jadi juga ;)

3. Sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur, ikan bilis, kacang dan timun (atau ayam goreng!)

RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis - digoreng dan asingkan
1 biji bawang besar - dihiris
2-3 sdb gula
3/4 sdb gula melaka
1 kiub pati ikan bilis
1 sdb asam jawa/2 keping asam keping
Garam - Jika Perlu. Lin tak letak sebab dah letak kiub pati ikan bilis

Bahan kisar: (Tips Pantas: Blender dengan minyak terus tak perlu bubuh air)
20 tangkai cili kering -  potong, rebus dan toskan
2 biji bawang besar - boleh guna bawang kecil dalam 5 biji
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sebesar ibu jari belacan bakar - Lin guna 2 bungkus belacan macam dekat bawah ni, beli dekat Mydin. Lebih hygienic.
Resepi Sambal Tumis
Cara Memasak:
1. Tumis bawang besar yang dihiris sampai naik bau sahaja (jangan sampai garing) dan masukkan bahan tumis. Kacau rata.
2. Banyakkan minyak dan kecilkan api (api perlahan, slow and steady) Kacau sehingga cili masak naik minyak - garing dan macam ada buih-buih sikit.
3. Masukkan gula dan kacau rata. Bubuh air ikut kepekatan yang awak suka.
4. Akhir sekali masukkan asam jawa/asam keping, ikan bilis, dan kiub pati ikan bilis.
5. Kacau sehingga sebati dan sedia dihidangkan.

Sambal tumis ni biasanya Lin tak bubuh ikan bilis dulu, Lin masak malam sebelum nak makan nasi lemak waktu pagi. Nanti nasi dah masak baru Lin masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal. Barulah kerangupannya terasa!
Resepi Sambal Tumis Mudah
Lagipun sambal tumis ni boleh buat lebih dan masuk dalam  peti ais. Kalau tengah malam perut lapar, boleh pecah telur dan makan dengan nasi panas bergaul kicap. Tak pun cecah roti puri (Klik Sini: Resepi Roti Puri Cepat dan Sedap) or jemput-jemput untuk minum petang. Huhuhu. Till then, Salam.

Friday, September 22, 2017

Yuzu Japanese Restaurant, Taman Mount Austin

Sebelum bulan puasa yang lepas (dah lama sangat baru nak cerita, harap tabah) Lin dijemput untuk food review di sebuah Restoran yang menghidangkan menu dari Jepun. I do love the excitement of trying something new, thanks blogger Ma Cherie: Kim sebab sudi jemput Lin. It was fun.
Kami (me and another blogger: Kak Ida) reach there after prayer di surau berhampiran. Sesat jugalah di tempat baru. Betul-betul dekat dengan Austin Height Water & Adventure Park rupanya. Kami punyalah pusing-pusing sampai ke AEON Permas Jaya, thanks WAZE. grrr! Tapi tak apa, nasib baik selamat sampai. (Lokasi Restoran: Waze)

ENVIRONMENT
Memang meriah. Masa tu dinner time. Ramai orang, tapi tak terlalu pack and bising. Paling penting family-friendly; ada child seat. Masuk-masuk je makanan dah terhidang untuk kami. Perut pun dah lapar, tapi hakikatnya seorang blogger, sekecur mana pun air liur, bergelora asid dalam perut, kena tunggu semua orang habis ambil gambar dulu baru boleh makan. *pasrah*
MENU
Lin bagi terus menu siap harga. Click picture below for larger view OK? Yes, you are welcome ;)
Terkejut kan tengok harga dia? More cheaper than any other Japanese Restaurant yang Lin pernah pergi. Plus: Free flow of green tea, sauce, wasabi and other condiments.

BRACE YOUSELF, MORE FOOD PICTURE AHEAD
Fried Gyoza
Chawanmushi
Croquette
Takoyaki
Teriyaki Chicken Cutlet Don - My favourites!
Fish
Salmon
Udon
Chicken Kimchi
Zaru Noodles Cha Soba
Zaru Noodles Soba
BLOGGER FRIENDS
I’m truly happy with this meetup, pardon my muka sembap terlupa nak makeup. Event sebenarnya pukul 7 tapi they didn’t have surau. Surau paling dekat pun within 3km macam tu, so we go there. Datang lambat sikit tapi diorang semua faham, as I already inform them earlier. Apa-apa pun segan juga pergi lambat-lambat event orang. Kita bukan VIP wak~ Huhu. Thanks again to Kim sebab sudi jemput kita. Love you all.

Jadi awak semua dah plan nak makan dekat mana this weekend? Have fun!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...